Monday, 5 September 2016

KENAPA JERAWAT SUKA TUMBUH PADA MUKA??

Setiap hari mesti tertanya-tanya, "kenapalah muka aku ni berjerawat saje.. muka member aku cantik flawless je.." Kebiasaan nya faktor sebenar jerawat muncul apabila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Anda perlu mengetahui bagaimana jerawat boleh muncul di ruang muka anda.
1. Membersihkan muka terlalu kerap
Ramai yang melakukan ini. Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. Apa yang perlu anda buat, cuci muka (dengan cleanser) 2 kali sudah mencukupi iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.
2-Menyental kulit dengan scrub
Berskrub dengan produk scrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk apatah lagi jika muka dah ade jerawat. Ini akan menyebabkan kulit muka menjadi membengkak dan jerawat tidak akan hilang malah akan menjadi kemerahan. Sebetulnya ialah berscrub dilakukan 1-2 kali seminggu, menggunakan scrub yang halus tekstur nya, diurut lembut ke muka, dan bilas dengan air suam.
3-Tidak membersihkan peluh
Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh-peluh. Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Sekurang-kurang nya bersihkan peluh dengan tuala yang bersih sementara menunggu masa untuk peluh badan kering..
4-Picit jerawat
Ini sangat normal dilakukan bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit. Tabiat memicit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan meninggalkan parut. Elakkan picit jerawat dengan kuku, gunakan losyen jerawat, untuk kecutkan jerawat . Cari maklumat cara picit jerawat yang betul daripada sumber yang betul.
5-Syampu atau perapi rambut meleleh ke muka
Bersyampu tidak salah. Tetapi apabila syampu atau perapi rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berjerawat. Sebab syampu dan perapi mengandungi bahan pelembab/ minyak untuk melembutkan rambut. Oleh itu, pastikan buih syampu atau perapi tidak terkena bahagian dahi dan muka.
6-Produk rambut hanya untuk rambut
Spray rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori-pori tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. Elakkan gel, spray, conditioner dan lain-lain terkena kawasan muka.
7-Makan makanan berminyak
Makanan yang bergoreng, terlalu berminyak juga boleh menyebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Jom amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak mahupun bergoreng.
8-Penggunaan kosmetik atau skincare yang mengandungi minyak
Produk yang mengandungi minyak akan menyebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Bila nak beli mekap, pastikan beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic untuk mengelakkan jerawat. Dan yang paling penting, sila cuci muka dengan bersih sebelum tidur.. Lebihan-lebihan kosmetik pada muka adalah faktor besar punca jerawat pada masa kini.. Rajin-rajin kan diri untuk membersihkan muka sebelum tidur.
9-Berhenti mengambil rawatan untuk jerawat
Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat, itu satu tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang-wenangnya berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk mengelakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doctor atau amalkan supplement untuk mendapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.
10-Menggunakan Whitening Skin Care
Ramai yang nak kulit putih, tapi set pencerahan kulit adalah sangat tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat. Dari segi bahan dan kandungannya membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. Jadi, kena guna set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Sebelum cerahkan kulit, atasi masalah kulit berjerawat anda dahulu.
Kami di Liza Beauty Home Spa Muslimah akan memberikan PERCUMA konsultansi mengenai keadaan kulit anda dan mencadangkan produk apa yang sesuai untuk mengatasi masalah-masalah jerawat seperti ini..



PAKEJ TERBARU DI HOME SPA MUSLIMAH SETIA ALAM

ANDA KINI BOLEH MERUJUK KEPADA PAKEJ TERBARU KAMI INI..

HARGA ISTIMEWA BUAT PEMEGANG BEAUTY CLUB CARD (BCC) MARDEWI SPA
TETAMU HOME SPA MUSLIMAH SETIA ALAM BOLEH BOOKING TANPA DEPOSIT!!




UNTUK TEMPAHAN TEMUJANJI:-
SMS/WHATSAPP SAHAJA (NO CALL)
018-3228854
018-3228854
018-3228854

HOME SPA KAMI BERALAMAT DI JALAN SETIA PERDANA U13/27D, SETIA ALAM, SEKSYEN U13, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

SELEPAS MEMBUAT TEMUJANJI, KAMI AKAN HANTARKAN LOCATION TEMPAT MELALUI WHATSAPP SAHAJA.