Tuesday 19 September 2017

MERDEKA & MALAYSIA'S DAY SPA

Promosi Pakej Spa KAW KAW MURAH!!

 MERDEKA LADIES SPA 

PROMOSI MERDEKA DATANG LAGI..Setahun Hanya Sekali.. 😍 Kami di Liza Beauty Bridal & Spa Muslimah sangat2 berbesar hati untuk memberikan Pakej Rawatan Kecantikan dengan harga RM60 sahaja bersempena tahun ke-60 Kemerdekaan Malaysia..

Anda boleh pilih mana2 rawatan yang anda suka samada:-
❤️ RAWATAN BADAN
❤️ RAWATAN MUKA
Ada juga tambahan rawatan untuk disekalikan..

Pada yang berminat nak dapatkan Kad Member Liza Beauty, anda hanya perlu membuat rawatan kecantikan berharga RM80 dan ke atas sahaja & anda layak menikmati DISKAUN HEBAT untuk rawatan yang seterusnya termasuk pembelian produk2 kecantikan..

Kami juga nak bagi PERCUMA 😍😍
 Haruman Aura Seri
 Relaxing Shoulder Massage
 Shining Your Nail Treatment
 Coupon Discount for Next Session

MEMANG SANGAT2 BERBALOI & ANDA TIDAK AKAN RUGI & MENYESAL UNTUK MENGAMBIL RAWATAN DENGAN KAMI.. INSYAALLAH..

Apa tunggu lagi, tempah jadual rawatan anda harini!!
HANYA DIBUKA UNTUK TEMUJANJI WANITA SAHAJA
🏵️ Liza Beauty Bridal & Spa Muslimah
Boleh whatsapp untuk tempahan temujanji:
📲 018-3228854 (Pn.Liza)
📲 011-19713262 (P. Fiqa)
🏡 Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam, Selangor

*Sila klik pada gambar untuk lebih jelas & besar*

Pakej Spa Pengantin Murah

PAKEJ SPA PALING MURAH DAN TERHANGAT!!
ISTIMEWA BUAT BAKAL PENGANTIN..


Assalamualaikum semua.. Tahniah kepada anda yang bakal bergelar "Pengantin baru" tidak lama lagi..  Korang semua mesti sedang tercari-cari pakej spa yang murah & berbaloi kan..? Kat sini liza share kan pakej spa pengantin yang gerenti korang suka!! memang berbaloi2 dengan harga nya.. Yang paling best jugak adalah.... kami adalah HOMESPA MUSLIMAH yang hanya menerima bakal pengantin perempuan sahaja.. Takdelah korang rase kekok ke ape kalau pergi spa untuk pertama kali.. Jom usha2 apa pakej2 yang menarik & berbaloi2 tu...

UNTUK TEMPAHAN:
SMS/WHATSAPP di
018-3228854

*Sila klik pada gamabr untuk lebih jelas & besar*

*Sila klik pada gambar untuk lebih jelas & besar*


Haaaa.. dah cukup berbaloi dan murah kan.. Jangan lupa yer BUAT TEMUJANJI SEBELUM DATANG..

======================================
Liza Beauty Bridal & Spa Muslimah
Temujanji : 018-3228854
Alamat Spa : Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam
DIBUKA SETIAP HARI HANYA UNTUK TEMUJANJI SAHAJA
======================================

Monday 10 July 2017

PAKEJ SPA BERTUNANG

PAKEJ SPA PALING MURAH DAN TERHANGAT!!
ISTIMEWA BUAT ANAK DARA YANG DI RISIK..


Assalamualaikum semua.. Kepada gadis-gadis, wanita-wanita diluar sana yang dah dirisik dan bakal mengadakan Majlis Bertunang, kami ada Pakej Istimewa untuk anda.. Mestilah nak berseri2 di depan ibu mertua dan semua saudara mara sebelah lelaki kan.. Lagi-lagi apabila pertama kali berjumpa..

UNTUK TEMPAHAN:
SMS/WHATSAPP di
018-3228854






Haaaa.. dah cukup berbaloi dan murah kan.. Jangan lupa yer BUAT TEMUJANJI SEBELUM DATANG..

======================================
Liza Beauty Bridal & Spa Muslimah
Temujanji : 018-3228854
Alamat Spa : Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam
DIBUKA SETIAP HARI HANYA UNTUK TEMUJANJI SAHAJA


======================================

Monday 5 September 2016

KENAPA JERAWAT SUKA TUMBUH PADA MUKA??

Setiap hari mesti tertanya-tanya, "kenapalah muka aku ni berjerawat saje.. muka member aku cantik flawless je.." Kebiasaan nya faktor sebenar jerawat muncul apabila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Anda perlu mengetahui bagaimana jerawat boleh muncul di ruang muka anda.
1. Membersihkan muka terlalu kerap
Ramai yang melakukan ini. Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. Apa yang perlu anda buat, cuci muka (dengan cleanser) 2 kali sudah mencukupi iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.
2-Menyental kulit dengan scrub
Berskrub dengan produk scrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk apatah lagi jika muka dah ade jerawat. Ini akan menyebabkan kulit muka menjadi membengkak dan jerawat tidak akan hilang malah akan menjadi kemerahan. Sebetulnya ialah berscrub dilakukan 1-2 kali seminggu, menggunakan scrub yang halus tekstur nya, diurut lembut ke muka, dan bilas dengan air suam.
3-Tidak membersihkan peluh
Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh-peluh. Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Sekurang-kurang nya bersihkan peluh dengan tuala yang bersih sementara menunggu masa untuk peluh badan kering..
4-Picit jerawat
Ini sangat normal dilakukan bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit. Tabiat memicit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan meninggalkan parut. Elakkan picit jerawat dengan kuku, gunakan losyen jerawat, untuk kecutkan jerawat . Cari maklumat cara picit jerawat yang betul daripada sumber yang betul.
5-Syampu atau perapi rambut meleleh ke muka
Bersyampu tidak salah. Tetapi apabila syampu atau perapi rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berjerawat. Sebab syampu dan perapi mengandungi bahan pelembab/ minyak untuk melembutkan rambut. Oleh itu, pastikan buih syampu atau perapi tidak terkena bahagian dahi dan muka.
6-Produk rambut hanya untuk rambut
Spray rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori-pori tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. Elakkan gel, spray, conditioner dan lain-lain terkena kawasan muka.
7-Makan makanan berminyak
Makanan yang bergoreng, terlalu berminyak juga boleh menyebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Jom amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak mahupun bergoreng.
8-Penggunaan kosmetik atau skincare yang mengandungi minyak
Produk yang mengandungi minyak akan menyebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Bila nak beli mekap, pastikan beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic untuk mengelakkan jerawat. Dan yang paling penting, sila cuci muka dengan bersih sebelum tidur.. Lebihan-lebihan kosmetik pada muka adalah faktor besar punca jerawat pada masa kini.. Rajin-rajin kan diri untuk membersihkan muka sebelum tidur.
9-Berhenti mengambil rawatan untuk jerawat
Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat, itu satu tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang-wenangnya berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk mengelakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doctor atau amalkan supplement untuk mendapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.
10-Menggunakan Whitening Skin Care
Ramai yang nak kulit putih, tapi set pencerahan kulit adalah sangat tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat. Dari segi bahan dan kandungannya membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. Jadi, kena guna set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Sebelum cerahkan kulit, atasi masalah kulit berjerawat anda dahulu.
Kami di Liza Beauty Home Spa Muslimah akan memberikan PERCUMA konsultansi mengenai keadaan kulit anda dan mencadangkan produk apa yang sesuai untuk mengatasi masalah-masalah jerawat seperti ini..



PAKEJ TERBARU DI HOME SPA MUSLIMAH SETIA ALAM

ANDA KINI BOLEH MERUJUK KEPADA PAKEJ TERBARU KAMI INI..

HARGA ISTIMEWA BUAT PEMEGANG BEAUTY CLUB CARD (BCC) MARDEWI SPA
TETAMU HOME SPA MUSLIMAH SETIA ALAM BOLEH BOOKING TANPA DEPOSIT!!




UNTUK TEMPAHAN TEMUJANJI:-
SMS/WHATSAPP SAHAJA (NO CALL)
018-3228854
018-3228854
018-3228854

HOME SPA KAMI BERALAMAT DI JALAN SETIA PERDANA U13/27D, SETIA ALAM, SEKSYEN U13, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

SELEPAS MEMBUAT TEMUJANJI, KAMI AKAN HANTARKAN LOCATION TEMPAT MELALUI WHATSAPP SAHAJA.

Wednesday 22 October 2014

KEBAIKAN SPA MALAM

Rawatan Kecantikan pada waktu malam untuk mengembalikan kesegaran badan setelah penat bekerja waktu siang.. Malah memberikan impak keserian pada wajah apabila bangun pagi..



Tidak ramai yang ambil peduli tentang penjagaan dan perawatan kulit pada waktu malam. Macam-macam alasan dikeluarkan.. Malas, ngantuk, penat nak tidur awal, pagi sampai petang muka dah penat bermakeup, leceh dan sebagainya..Sebenarnya membuat rawatan kecantikan pada malam hari adalah lebih efektif dan berkesan sekiranya inginkan kulit yang cantik..

Bagi Liza sendiri pada waktu malam kulit sedang beristirehat dan nutrisi antioksidan pada rawatan yang dilakukan dapat bekerja lebih maksimum dan lebih mudah menyerap ke dalam kulit untuk memperbaiki sel-sel mati di dalam kulit.. Oleh itu, segala kelembapan, keletihan, sembap, kotoran sudah dapat dibersihkan dan dipulihkan sekaligus menjadikan kulit lebih cerah, gebu, cantik dan berseri pada pagi hari.. Boleh nampak perubahan serta merta apatah lagi jika diamalkan selalu..

Jika kita perhatikan, kebanyakan set kecantikan wajah (skincare) diluar sana akan mengeluarkan produk krim malam tidak kiralah apa produk sekalipun.. Safi, Tia Emilia, D'Herbs, Tabita dan banyak lagi, kebanyakan dari produk-produk ini semuanya mempunyai produk Krim Malam.. Ini menunjukkan sebenarnya Krim Malam atau perawatan pada waktu malam adalah sangat bagus untuk kulit.. Masker Muka juga digalakkan diguna sebelum waktu tidur..



Malah, dari dulu lagi memang popular dengan perawatan pada waktu malam ini.. Lihat Moyang, Nenek dan Mak kita.. Mereka semua menggunakan Bedak Sejuk setiap kali nak tidur.. Rasanya sampai sekarang pun masih ada yang mengamalkan, tidak semestinya orang kampung.. Bangun pagi jer terasa muka putih berseri dan kurang berminyak.. Kalau berminyak pun tetapi muka kelihatan cantik dan berseri.. Tak percaya?? Boleh cuba sendiri.. Gunalah krim malam mahupun bedak sejuk sebelum tidur dan di bawa tidur.. Lihat hasilnya esok.. Muka pastinya nampak gebus gebas.. Hehehehe.. (Hanya pendapat yang keluar dari fikiran Liza sendiri.. Anda yang menentukan samada ianya benar-benar berhasil atau tidak.. "Belum Cuba, Belum Tahu..")



Sebab tu Liza lebih suka membuat perawatan kulit wajah pada waktu malam untuk pelanggan yang datang bertamu ke Spa Liza.. Dan kerana itu juga Liza nak bagi rawatan PERCUMA untuk tetamu Istimewa Spa Malam Liza.. Setiap rawatan yang diambil akan mendapat rawatan Foot Reflexology Massage secara PERCUMA!! Siapa yang taknak percuma kan.. Rawatan Urutan kaki ni bagus untuk peredaran darah dalam badan.. Barulah balik rumah nanti senang nak tidur.. Badan dah rasa lebih selesa.. Rehat yang berkualiti memberi kulit anda masa yang diperlukan untuk pulih dari kerosakan dan tekanan alam sekitar. Jadi bukan sahaja anda akan kelihatan lebih baik pada keesokan harinya, tetapi anda juga akan melambatkan proses penuaan dan kelihatan lebih baik pada masa akan datang juga.

Senang saje nak buat tempahan, boleh SMS/Whatsapp Liza di 018-3228854. InsyaAllah Liza akan cuba untuk balas mesej semua secepat yang mungkin.. Elakkan call Liza kerana takut Liza sedang sibuk di Spa dan tak dapat nak angkat call awak..

======================================================
WAKTU OPERASI:-
Isnin - Jumaat : 8malam hingga 11malam
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 9pagi hingga 11malam

JANGAN LUPA UNTUK BUAT TEMUJANJI DAHULU YER..
Nak walk in bukan tak boleh takut spa penuh, nanti tak terlayan pulak dan terpaksa tunggu giliran lama.. Apapun, terima kasih kerana berikan masa menjenguk laman Liza Beauty Muslimah ini..
Salam Sayang buat semua..
======================================================

Tuesday 14 October 2014

WANITA MUDAH STRES BERBANDING LELAKI



Kajian mendapati bahawa wanita mempunyai dua kali ganda risiko mengalami tekanan berbanding lelaki. Ini kerana perempuan lebih beremosi dalam sesuatu hal manakala lelaki pula dilindungi dengan sikap ego mereka.. Hasil kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat itu mendapati bahawa wanita sering mengalami tekanan yang teruk dan akibatnya berlaku peningkatan tekanan darah yang membawa kepada strok..

Dalam kajian yang dilakukan Association dan Siemen terhadap 2,000 orang responden, didapati bahawa 1/5 wanita dan 1/10 lelaki mengalami stress. Namun begitu sebanyak 25 peratus yang berusia 45-54 tahun mengaku tidak pernah mengalami tekanan walaupun menghidap darah tinggi.. Jika lihat dunia sekarang, memang kebanyakan orang mempunyai tekanan perasaan, emosi dan mental.. 


Ramai juga yang tidak menyangka bahawa stress atau tekanan emosi dan fizikal kerana kepenatan bekerja lebih masa 10-12 jam sehari akan mempengaruhi kesuburan seseorang malah boleh menganggu kitaran haid wanita.. Kebiasaanya terjadi kepada wanita yang bekerjaya dan ini masih belum termasuk dengan kerja-kerja rumah yang sememangnya harus dilakukan.. Walaubagaimanapun, stress atau tekanan perasaan adalah berbeza mengikut individu itu sendiri menganggap serius pada sesetengah perkara atau pekerjaan yang dilakukan..

TIPS MENGURANGKAN TEKANAN PERASAAN MENGIKUT CARA ISLAM



  • Biasakan diri dalam keadaan berwuduk
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
  • Banyakkan Solat Sunat
  • Sentiasa Berdoa kepada Allah memohon ketenangan diri
  • Bersangka baik dengan Allah
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
  • Amalkan diet sihat dengan disiplin yang kuat
  • Meluahkan perasaan dan menangis sepuas hati
  • Hargai Kebolehan & Cintai Diri Sendiri

Adakah Anda seorang wanita yang merasa stress? Pernahkah Anda terfikir untuk pergi bersantai & beristirehat? Jika Anda menjawab YA, apakah Anda pernah berfikir untuk membuat temujanji dengan mana-mana spa? Jika ini adalah sesuatu yang belum Anda fikirkan, sekarang mungkin waktunya..



Hilangkan rasa stress, tekanan, pening kepala dengan merehatkan diri di SALUN/SPA di mana suasana dan keadaan pada waktu itu lebih tenang tanpa berfikir apa-apa.. Jauh dari masalah di tempat kerja mahupun di rumah.. Urutan BADAN, KEPALA dan MUKA boleh mengurangkan dan sekaligus menghilangkan segala perasaan tertekan..

======================================
Liza Beauty Bridal & Spa Muslimah
TEMUJANJI : 018-3228854
Alamat Spa :Pangsapuri Seroja, Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam, Selangor
DIBUKA SETIAP HARI HANYA UNTUK TEMUJANJI SAHAJA
======================================