Tuesday 14 October 2014

WANITA MUDAH STRES BERBANDING LELAKI



Kajian mendapati bahawa wanita mempunyai dua kali ganda risiko mengalami tekanan berbanding lelaki. Ini kerana perempuan lebih beremosi dalam sesuatu hal manakala lelaki pula dilindungi dengan sikap ego mereka.. Hasil kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat itu mendapati bahawa wanita sering mengalami tekanan yang teruk dan akibatnya berlaku peningkatan tekanan darah yang membawa kepada strok..

Dalam kajian yang dilakukan Association dan Siemen terhadap 2,000 orang responden, didapati bahawa 1/5 wanita dan 1/10 lelaki mengalami stress. Namun begitu sebanyak 25 peratus yang berusia 45-54 tahun mengaku tidak pernah mengalami tekanan walaupun menghidap darah tinggi.. Jika lihat dunia sekarang, memang kebanyakan orang mempunyai tekanan perasaan, emosi dan mental.. 


Ramai juga yang tidak menyangka bahawa stress atau tekanan emosi dan fizikal kerana kepenatan bekerja lebih masa 10-12 jam sehari akan mempengaruhi kesuburan seseorang malah boleh menganggu kitaran haid wanita.. Kebiasaanya terjadi kepada wanita yang bekerjaya dan ini masih belum termasuk dengan kerja-kerja rumah yang sememangnya harus dilakukan.. Walaubagaimanapun, stress atau tekanan perasaan adalah berbeza mengikut individu itu sendiri menganggap serius pada sesetengah perkara atau pekerjaan yang dilakukan..

TIPS MENGURANGKAN TEKANAN PERASAAN MENGIKUT CARA ISLAM



  • Biasakan diri dalam keadaan berwuduk
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
  • Banyakkan Solat Sunat
  • Sentiasa Berdoa kepada Allah memohon ketenangan diri
  • Bersangka baik dengan Allah
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
  • Amalkan diet sihat dengan disiplin yang kuat
  • Meluahkan perasaan dan menangis sepuas hati
  • Hargai Kebolehan & Cintai Diri Sendiri

Adakah Anda seorang wanita yang merasa stress? Pernahkah Anda terfikir untuk pergi bersantai & beristirehat? Jika Anda menjawab YA, apakah Anda pernah berfikir untuk membuat temujanji dengan mana-mana spa? Jika ini adalah sesuatu yang belum Anda fikirkan, sekarang mungkin waktunya..



Hilangkan rasa stress, tekanan, pening kepala dengan merehatkan diri di SALUN/SPA di mana suasana dan keadaan pada waktu itu lebih tenang tanpa berfikir apa-apa.. Jauh dari masalah di tempat kerja mahupun di rumah.. Urutan BADAN, KEPALA dan MUKA boleh mengurangkan dan sekaligus menghilangkan segala perasaan tertekan..

======================================
Liza Beauty Bridal & Spa Muslimah
TEMUJANJI : 018-3228854
Alamat Spa :Pangsapuri Seroja, Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam, Selangor
DIBUKA SETIAP HARI HANYA UNTUK TEMUJANJI SAHAJA
======================================

No comments:

Post a Comment