Wednesday 22 October 2014

KEBAIKAN SPA MALAM

Rawatan Kecantikan pada waktu malam untuk mengembalikan kesegaran badan setelah penat bekerja waktu siang.. Malah memberikan impak keserian pada wajah apabila bangun pagi..



Tidak ramai yang ambil peduli tentang penjagaan dan perawatan kulit pada waktu malam. Macam-macam alasan dikeluarkan.. Malas, ngantuk, penat nak tidur awal, pagi sampai petang muka dah penat bermakeup, leceh dan sebagainya..Sebenarnya membuat rawatan kecantikan pada malam hari adalah lebih efektif dan berkesan sekiranya inginkan kulit yang cantik..

Bagi Liza sendiri pada waktu malam kulit sedang beristirehat dan nutrisi antioksidan pada rawatan yang dilakukan dapat bekerja lebih maksimum dan lebih mudah menyerap ke dalam kulit untuk memperbaiki sel-sel mati di dalam kulit.. Oleh itu, segala kelembapan, keletihan, sembap, kotoran sudah dapat dibersihkan dan dipulihkan sekaligus menjadikan kulit lebih cerah, gebu, cantik dan berseri pada pagi hari.. Boleh nampak perubahan serta merta apatah lagi jika diamalkan selalu..

Jika kita perhatikan, kebanyakan set kecantikan wajah (skincare) diluar sana akan mengeluarkan produk krim malam tidak kiralah apa produk sekalipun.. Safi, Tia Emilia, D'Herbs, Tabita dan banyak lagi, kebanyakan dari produk-produk ini semuanya mempunyai produk Krim Malam.. Ini menunjukkan sebenarnya Krim Malam atau perawatan pada waktu malam adalah sangat bagus untuk kulit.. Masker Muka juga digalakkan diguna sebelum waktu tidur..



Malah, dari dulu lagi memang popular dengan perawatan pada waktu malam ini.. Lihat Moyang, Nenek dan Mak kita.. Mereka semua menggunakan Bedak Sejuk setiap kali nak tidur.. Rasanya sampai sekarang pun masih ada yang mengamalkan, tidak semestinya orang kampung.. Bangun pagi jer terasa muka putih berseri dan kurang berminyak.. Kalau berminyak pun tetapi muka kelihatan cantik dan berseri.. Tak percaya?? Boleh cuba sendiri.. Gunalah krim malam mahupun bedak sejuk sebelum tidur dan di bawa tidur.. Lihat hasilnya esok.. Muka pastinya nampak gebus gebas.. Hehehehe.. (Hanya pendapat yang keluar dari fikiran Liza sendiri.. Anda yang menentukan samada ianya benar-benar berhasil atau tidak.. "Belum Cuba, Belum Tahu..")



Sebab tu Liza lebih suka membuat perawatan kulit wajah pada waktu malam untuk pelanggan yang datang bertamu ke Spa Liza.. Dan kerana itu juga Liza nak bagi rawatan PERCUMA untuk tetamu Istimewa Spa Malam Liza.. Setiap rawatan yang diambil akan mendapat rawatan Foot Reflexology Massage secara PERCUMA!! Siapa yang taknak percuma kan.. Rawatan Urutan kaki ni bagus untuk peredaran darah dalam badan.. Barulah balik rumah nanti senang nak tidur.. Badan dah rasa lebih selesa.. Rehat yang berkualiti memberi kulit anda masa yang diperlukan untuk pulih dari kerosakan dan tekanan alam sekitar. Jadi bukan sahaja anda akan kelihatan lebih baik pada keesokan harinya, tetapi anda juga akan melambatkan proses penuaan dan kelihatan lebih baik pada masa akan datang juga.

Senang saje nak buat tempahan, boleh SMS/Whatsapp Liza di 018-3228854. InsyaAllah Liza akan cuba untuk balas mesej semua secepat yang mungkin.. Elakkan call Liza kerana takut Liza sedang sibuk di Spa dan tak dapat nak angkat call awak..

======================================================
WAKTU OPERASI:-
Isnin - Jumaat : 8malam hingga 11malam
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 9pagi hingga 11malam

JANGAN LUPA UNTUK BUAT TEMUJANJI DAHULU YER..
Nak walk in bukan tak boleh takut spa penuh, nanti tak terlayan pulak dan terpaksa tunggu giliran lama.. Apapun, terima kasih kerana berikan masa menjenguk laman Liza Beauty Muslimah ini..
Salam Sayang buat semua..
======================================================

1 comment:

  1. T-Mobile: Sugarboo extra long digital titanium styler
    T-Mobile: Sugarboo extra long titanium grades digital titanium styler. Home: 출장안마 T-Mobile: titanium white dominus price T-Mobile: titanium quartz meaning Sugarboo extra titanium quartz long digital titanium titanium spices, spices, spices,

    ReplyDelete