Wednesday 22 October 2014

KEBAIKAN SPA MALAM

Rawatan Kecantikan pada waktu malam untuk mengembalikan kesegaran badan setelah penat bekerja waktu siang.. Malah memberikan impak keserian pada wajah apabila bangun pagi..



Tidak ramai yang ambil peduli tentang penjagaan dan perawatan kulit pada waktu malam. Macam-macam alasan dikeluarkan.. Malas, ngantuk, penat nak tidur awal, pagi sampai petang muka dah penat bermakeup, leceh dan sebagainya..Sebenarnya membuat rawatan kecantikan pada malam hari adalah lebih efektif dan berkesan sekiranya inginkan kulit yang cantik..

Bagi Liza sendiri pada waktu malam kulit sedang beristirehat dan nutrisi antioksidan pada rawatan yang dilakukan dapat bekerja lebih maksimum dan lebih mudah menyerap ke dalam kulit untuk memperbaiki sel-sel mati di dalam kulit.. Oleh itu, segala kelembapan, keletihan, sembap, kotoran sudah dapat dibersihkan dan dipulihkan sekaligus menjadikan kulit lebih cerah, gebu, cantik dan berseri pada pagi hari.. Boleh nampak perubahan serta merta apatah lagi jika diamalkan selalu..

Jika kita perhatikan, kebanyakan set kecantikan wajah (skincare) diluar sana akan mengeluarkan produk krim malam tidak kiralah apa produk sekalipun.. Safi, Tia Emilia, D'Herbs, Tabita dan banyak lagi, kebanyakan dari produk-produk ini semuanya mempunyai produk Krim Malam.. Ini menunjukkan sebenarnya Krim Malam atau perawatan pada waktu malam adalah sangat bagus untuk kulit.. Masker Muka juga digalakkan diguna sebelum waktu tidur..



Malah, dari dulu lagi memang popular dengan perawatan pada waktu malam ini.. Lihat Moyang, Nenek dan Mak kita.. Mereka semua menggunakan Bedak Sejuk setiap kali nak tidur.. Rasanya sampai sekarang pun masih ada yang mengamalkan, tidak semestinya orang kampung.. Bangun pagi jer terasa muka putih berseri dan kurang berminyak.. Kalau berminyak pun tetapi muka kelihatan cantik dan berseri.. Tak percaya?? Boleh cuba sendiri.. Gunalah krim malam mahupun bedak sejuk sebelum tidur dan di bawa tidur.. Lihat hasilnya esok.. Muka pastinya nampak gebus gebas.. Hehehehe.. (Hanya pendapat yang keluar dari fikiran Liza sendiri.. Anda yang menentukan samada ianya benar-benar berhasil atau tidak.. "Belum Cuba, Belum Tahu..")



Sebab tu Liza lebih suka membuat perawatan kulit wajah pada waktu malam untuk pelanggan yang datang bertamu ke Spa Liza.. Dan kerana itu juga Liza nak bagi rawatan PERCUMA untuk tetamu Istimewa Spa Malam Liza.. Setiap rawatan yang diambil akan mendapat rawatan Foot Reflexology Massage secara PERCUMA!! Siapa yang taknak percuma kan.. Rawatan Urutan kaki ni bagus untuk peredaran darah dalam badan.. Barulah balik rumah nanti senang nak tidur.. Badan dah rasa lebih selesa.. Rehat yang berkualiti memberi kulit anda masa yang diperlukan untuk pulih dari kerosakan dan tekanan alam sekitar. Jadi bukan sahaja anda akan kelihatan lebih baik pada keesokan harinya, tetapi anda juga akan melambatkan proses penuaan dan kelihatan lebih baik pada masa akan datang juga.

Senang saje nak buat tempahan, boleh SMS/Whatsapp Liza di 018-3228854. InsyaAllah Liza akan cuba untuk balas mesej semua secepat yang mungkin.. Elakkan call Liza kerana takut Liza sedang sibuk di Spa dan tak dapat nak angkat call awak..

======================================================
WAKTU OPERASI:-
Isnin - Jumaat : 8malam hingga 11malam
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 9pagi hingga 11malam

JANGAN LUPA UNTUK BUAT TEMUJANJI DAHULU YER..
Nak walk in bukan tak boleh takut spa penuh, nanti tak terlayan pulak dan terpaksa tunggu giliran lama.. Apapun, terima kasih kerana berikan masa menjenguk laman Liza Beauty Muslimah ini..
Salam Sayang buat semua..
======================================================

Tuesday 14 October 2014

WANITA MUDAH STRES BERBANDING LELAKI



Kajian mendapati bahawa wanita mempunyai dua kali ganda risiko mengalami tekanan berbanding lelaki. Ini kerana perempuan lebih beremosi dalam sesuatu hal manakala lelaki pula dilindungi dengan sikap ego mereka.. Hasil kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat itu mendapati bahawa wanita sering mengalami tekanan yang teruk dan akibatnya berlaku peningkatan tekanan darah yang membawa kepada strok..

Dalam kajian yang dilakukan Association dan Siemen terhadap 2,000 orang responden, didapati bahawa 1/5 wanita dan 1/10 lelaki mengalami stress. Namun begitu sebanyak 25 peratus yang berusia 45-54 tahun mengaku tidak pernah mengalami tekanan walaupun menghidap darah tinggi.. Jika lihat dunia sekarang, memang kebanyakan orang mempunyai tekanan perasaan, emosi dan mental.. 


Ramai juga yang tidak menyangka bahawa stress atau tekanan emosi dan fizikal kerana kepenatan bekerja lebih masa 10-12 jam sehari akan mempengaruhi kesuburan seseorang malah boleh menganggu kitaran haid wanita.. Kebiasaanya terjadi kepada wanita yang bekerjaya dan ini masih belum termasuk dengan kerja-kerja rumah yang sememangnya harus dilakukan.. Walaubagaimanapun, stress atau tekanan perasaan adalah berbeza mengikut individu itu sendiri menganggap serius pada sesetengah perkara atau pekerjaan yang dilakukan..

TIPS MENGURANGKAN TEKANAN PERASAAN MENGIKUT CARA ISLAM



  • Biasakan diri dalam keadaan berwuduk
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
  • Banyakkan Solat Sunat
  • Sentiasa Berdoa kepada Allah memohon ketenangan diri
  • Bersangka baik dengan Allah
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
  • Amalkan diet sihat dengan disiplin yang kuat
  • Meluahkan perasaan dan menangis sepuas hati
  • Hargai Kebolehan & Cintai Diri Sendiri

Adakah Anda seorang wanita yang merasa stress? Pernahkah Anda terfikir untuk pergi bersantai & beristirehat? Jika Anda menjawab YA, apakah Anda pernah berfikir untuk membuat temujanji dengan mana-mana spa? Jika ini adalah sesuatu yang belum Anda fikirkan, sekarang mungkin waktunya..



Hilangkan rasa stress, tekanan, pening kepala dengan merehatkan diri di SALUN/SPA di mana suasana dan keadaan pada waktu itu lebih tenang tanpa berfikir apa-apa.. Jauh dari masalah di tempat kerja mahupun di rumah.. Urutan BADAN, KEPALA dan MUKA boleh mengurangkan dan sekaligus menghilangkan segala perasaan tertekan..

======================================
Liza Beauty Bridal & Spa Muslimah
TEMUJANJI : 018-3228854
Alamat Spa :Pangsapuri Seroja, Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam, Selangor
DIBUKA SETIAP HARI HANYA UNTUK TEMUJANJI SAHAJA
======================================

Friday 10 October 2014

PETUA MENCEGAH RESDUNG


Selalukah anda mengalaminya?

Hidung Tersumbat, Hidung dan Tekak Berlendir, Muka Terasa Sakit dan Berat Terutama Pada Bahagian Mata, Sakit Tekak Berpanjangan dan Berulang-Ulang, Gatal Pada Mata dan Hidung, Bersin tak tertahan - Jikalau YA anda menghidap RESDUNG!


Petua Mencegah Resdung

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab.

2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. (Untuk hasil yang lebih baik, cuci sarung bantal, cadar dan selimut dengan air panas seminggu sekali. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.)

3. Selalulah membersihkan karpet atau permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.

4. Jika anda ingin mengemas rumas, pakai penutup hidung.

5. Minum air suam atau mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), jangan makan makanan tersebut.




Nak dapatkan RAWATAN RESDUNG MUSLIMAH??


Liza Beauty Muslimah ada menyediakan Rawatan Resdung bagi WANITA.. Rawatan selama 1 jam ini dapat membantu mengurangkan masalah resdung anda.. Nak buat temujanji?

SMS/Whatsapp
RESDUNG, Nama Penuh, No.Tel, Tarikh & Masa Rawatan
ke 018-3228854

=================================
Liza Beauty Bridal & Spa Muslimah
TEMUJANJI : 018-3228854
Alamat Spa : Pangsapuri Seroja, Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam, Selangor
DIBUKA SETIAP HARI HANYA UNTUK TEMUJANJI SAHAJA
=================================

KESAN MINUM AIS SELEPAS MAKAN


Sekadar berkongsi.. KESAN MINUM AIS SELEPAS MAKAN..



Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas.. Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.

Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa. Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!
LIKE & SHARE

CARA NAK SIHAT DAN CANTIK

KECANTIKAN dan wanita tidak dapat dipisahkan.. Wanita sanggup melakukan apa saja untuk kelihatan cantik.. Ia sama ada demi kepuasan diri atau bergaya di hadapan orang lain.. Wanita juga perlu sihat untuk menjadi cantik.. Jom baca Tips Sihat & Cantik..

1. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?. 

2. Bersenam ! Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah. 

3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat, kan??? 

4. Tidur yg cukup... Jgn asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.. 

5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu ini... cukuplah dgn wajah yg bersih. 

6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata. 

7. Luangkan masa utk memanjakan diri di spa seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati mandian buih untuk segarkan badan! & tak semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan. 

8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan. 

9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik! 

10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka. 

Share dengan rakan anda! 

KEBAIKAN MAKAN PEDAS



Assalamualaikum semua... Sahabat2 semua tau tak yang sebenarnya, makan makanan yang pedas ada kebaikkannya.. Tapi kena berpada-padalah makannya. Kalau tak sakit perut nanti..

Nak tau apa kebaikkannya? Ni dia...

1. Menurunkan berat badan
Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.

2. Menyihatkan jantung
Menyehatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

3. Mencegah kanser
Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.

4. Menurunkan tekanan darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.

5. Mengurangkan stress
Mengurangkan stress. Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.


====================================
Liza Beauty Bridal & Spa Muslimah
TEMUJANJI : 018-3228854
Alamat Spa : No.72A, Lorong Setia 1A, Taman Johan Setia, Klang
DIBUKA SETIAP HARI UNTUK TEMUJANJI SAHAJA
====================================

HIDROKINON DALAM KOSMETIK PENYEBAB KANSER KULIT!


Apa itu Hidrokinon?


Hidrokinon adalah sejenis bahan kimia penghakis yang mempunyai struktur kimia C6 H6 O2 yang digunakan dalam kosmetik untuk menghakis melanin (pelindung semulajadi pada kulit) dan pengunaan yang berterusan akan menyebabkan hiper pigmentasi dan juga boleh menyebabkan kanser kulit. pilihlah produk yang selamat dan betul-betul bebas hidrokinon..




Dewasa ini, terdapat lebih daripada 60,000 produk kosmetik keluaran tempatan dan luar negara yang membanjiri pasaran. Namun, daripada jumlah itu, hanya 3,000 atau lima peratus sahaja berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bermakna, 57,000 atau 95 peratus lagi produk kosmetik berada di pasaran tanpa berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Lebih membimbangkan, ada di antara produk kosmetik berkenaan memaparkan logo halal dan kelulusan makmal antarabangsa pada kotak produk..

Cara mudah untuk kesan hidrokuinon adalah dengan memeriksa penutup toner atau krim malam. Sekiranya terdapat kerak-kerak coklat kehitaman pada penutup toner atau penutup krim malam, maka wujudlah hidrokinon dalam kosmetik anda. Ataupun anda boleh tuang sedikit toner ke atas tisu/kapas muka dan biarkan terdedah kepada udara selama beberapa ketika dan toner itu akan berubah warna ke coklat. Hindarilah produk tersebut kerana dalam jangkamasa panjang ianya akan menyebabkan kanser kulit..



Takutnya bila baca mengenai produk-produk yang beri kesan sampingan ni kan.. Jadi, sebelum menggunakan sebarang produk kecantikan, sebaik-baiknya ambil tahu kandungan bahan yang terkandung dalam produk yang ingin digunakan dan pastikan ianya selamat tanpa kesan sampingan.. InsyaAllah, produk yang Liza gunakan dijamin 100% HALAL dan menggunakan bahan-bahan semulajadi..



======================================

Liza Beauty Bridal & Spa Muslimah
Temujanji : 018-3228854
Alamat Spa : Pangsapuri Seroja, Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam, Selangor
DIBUKA SETIAP HARI HANYA UNTUK TEMUJANJI SAHAJA
======================================

Thursday 9 October 2014

KEBAIKAN BUAT RAWATAN SPA MALAM

~BEST & SYOK BUAT SPA MALAM~

Rawatan Kecantikan pada waktu malam untuk mengembalikan kesegaran badan setelah penat bekerja waktu siang.. Tidak ramai yang ambil peduli tentang penjagaan dan perawatan kulit pada waktu malam. Macam-macam alasan dikeluarkan.. Malas, ngantuk, penat nak tidur awal, pagi sampai petang muka dah penat bermakeup, leceh dan sebagainya..Sebenarnya membuat rawatan kecantikan pada malam hari adalah lebih efektif dan berkesan sekiranya inginkan kulit yang cantik..




Bagi Liza sendiri pada waktu malam kulit sedang beristirehat dan nutrisi antioksidan pada rawatan yang dilakukan dapat bekerja lebih maksimum dan lebih mudah menyerap ke dalam kulit untuk memperbaiki sel-sel mati di dalam kulit.. Oleh itu, segala kelembapan, keletihan, sembap, kotoran sudah dapat dibersihkan dan dipulihkan sekaligus menjadikan kulit lebih cerah, gebu, cantik dan berseri pada pagi hari.. Boleh nampak perubahan serta merta apatah lagi jika diamalkan selalu.. Sebab tu Liza lebih suka membuat perawatan kulit wajah pada waktu malam untuk pelanggan yang datang bertamu ke Spa Liza..




Bukan sahaja perawatan muka malah perawatan badan juga amat bagus dibuat pada waktu malam.. Mana tidaknya, lepas balik dari kerja terus ke Spa.. Ambil pakej yang ada urutan badan.. Nak ambil rawatan Sauna, Scrub Badan & mandi pun bagus juga.. Balik rumah tinggal terus tidur jer tidak perlu mandi lagi.. Dari Spa terus ke rumah dah wangi dan yang paling best, kita tak perlu buat apa-apa sebab beautician kat Spa dah buatkan semua.. BESTkan?




Kebanyakan tetamu spa Liza pun kalau buat perawatan badan pada waktu malam, lebih mudah tertidur ketika rawatan.. Sampaikan ada yang terasa nak terus tidur kat spa sebab suasana yang tenang dan relax.. Kali ni, Liza nak bagi rawatan PERCUMA untuk tetamu Istimewa Spa Malam Liza.. Setiap rawatan malam yang diambil dari Isnin hingga Jumaat akan mendapat rawatan Foot Reflexology Massage secara PERCUMA!! Siapa yang taknak percuma kan..



Senang saje nak buat tempahan, boleh SMS/Whatsapp Liza di 018-3228854. InsyaAllah Liza akan cuba untuk balas mesej semua secepat yang mungkin.. Elakkan call Liza kerana takut Liza sedang sibuk di Spa dan tak dapat nak angkat call awak..

======================================================
WAKTU OPERASI:-
Isnin - Jumaat : 8malam hingga 11malam
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 9pagi hingga 11malam

JANGAN LUPA UNTUK BUAT TEMUJANJI DAHULU YER..
Nak walk in bukan tak boleh takut spa penuh, nanti tak terlayan pulak dan terpaksa tunggu giliran lama.. Apapun, terima kasih kerana berikan masa menjenguk laman Liza Beauty Muslimah ini..
Salam Sayang buat semua..
======================================================

Thursday 2 October 2014

Pakej Spa Pengantin & Pengapit

PAKEJ SPA PALING MURAH DAN TERHANGAT!!
ISTIMEWA BUAT BAKAL PENGANTIN DAN TEMAN..


Assalamualaikum semua.. Ramai bakal-bakal pengantin yang bertamu di Spa biasanya bila ditanya mesti 1st time datang ke Spa.. Ye, bila time dah dekat nak kahwin, time tu jugakla baru nak buat rawatan kecantikan di Spa kan.. Bila kata 1st time datang, almaklumlah mesti segan, malu nak datang sorang.. Disebabkan banyak permintaan dari bakal-bakal pengantin yang datang bertamu ke Home Spa Muslimah Setia Alam, jadi kami ada buat offer bagi bakal-bakal semua..

UNTUK TEMPAHAN:
SMS/WHATSAPP di
018-3228854


**Sila klik pada gambar untuk lebih jelas dan besar**


Haaaa.. dah cukup berbaloi dan murah kan.. Jangan lupa yer BUAT TEMUJANJI SEBELUM DATANG..

======================================
Home Spa Muslimah Setia Alam
Temujanji : 018-3228854
Alamat Spa : Jalan Setia Perdana U13/27D, Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
DIBUKA SETIAP HARI HANYA UNTUK TEMUJANJI SAHAJA
======================================

Tuesday 16 September 2014

FACIAL BEAUTY VACUUM

Facial Beauty Vacuum atau lebih dikenali sebagai Rawatan Vacuum Suction amat terkenal dikalangan Beautician Professional seluruh negara. Rawatan sedutan ini bertujuan untuk meningkatkan aliran darah di muka yang juga berfungsi menggantikan urutan tradisional bagi menaikkan seri muka.

Rawatan ini juga membantu mengangkat dan membuang segala kotoran di muka, blackhead/whitehead.. Teknik ini tidak menyakitkan seperti yang dilakukan di salun lain dengan cara memicit dengan menggunakan besi untuk mengeluarkan kotoran di muka.. Akibatnya muka akan menjadi merah selepas rawatan dan terasa seakan muka membengkak panas..

Facial Vacuum Suction ini juga menjadi pilihan ramai di Liza Beauty Muslimah, ditambah dengan rawatan High Frequency Facial yang ada di Spa Liza.. Pastinya membantu membersihkan lebih mendalam kulit pelanggan yang bertamu di spa Liza yang ingin dapatkan kulit muka yang glowing, gebu dan cantik tanpa sakit, tanpa dipicit atau di suntik.. Tak perlu fikir panjang, hanya tempah rawatan Facial Beauty Vacuum di Liza Beauty Muslimah.. Liza akan bantu anda untuk mendapatkan kulit muka yang lebih licin, gebu dan mulus..

SMS/Whatsapp <VACUUM> ke 018-3228854


KELEBIHAN BERSAUNA

Kalau nak tahu, mandi sauna ini bagus untuk kesihatan dan kesegaran badan.. Bersauna selama 15 MINIT mampu membakar kalori 400-600 kalori.

Ianya diibaratkan macam kita bersukan..

  • Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
  • Berbasikal selama 30 minit membakar 250-500 kalori
  • Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
  • Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

Jadi, kadang bila tiba masa malas atau tiada masa untuk bersenam atau bersukan, bolehlah relax sambil bersauna tanpa perlu penat.. Kan bagus kalau macam tu.. Tetap juga keluar peluh, badan sihat dan hati pun senang..



Di Liza Beauty Muslimah, kami ada menyediakan perkhimatan bersauna.. Cukup berbaloi, boleh dilakukan seminggu sekali.. Untuk tempahan boleh terus SMS/Whatsapp <SAUNA> ke 018-3228854.